JKD PJ/PK


Muat Turun Bahan PJPK

SEGAK 2011

KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Digubal untuk memenuhi keperluan dan perkembangan bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.

MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI
Bertujuan membantu pelajar menjadi cergas dan berdisiplin melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu pelajar menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Pembentukan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.

OBJEKTIF
Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor
Menguasai kemahiran asas pergerakkan dan permainan mengikut kemampuan diri
Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal
Membentuk sahsiah dan disiplin diri
Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

ORGANISASI KURIKULUM
Kecergasan sesuai dengan cirri dan keperluan murid
Pendekatan melalui aktiviti
Murid berpeluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin
Penyertaan aktif setiap murid
Berpeluang meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana membina dan selamat.

ASPEK PENTING PNP PJK
Penglibatan murid secara aktif dan selamat
Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan
Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah berlaku